Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) Dan Skuad Muda JLKN
Hari Pertama
Jurnal Pendakian Gunung Kinabalu (27.08.2013)
Kami berlepas dari Kem PLKN KK Di Bawah Bayu
pada jam 10 pagi. Perasaan teruja untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu
semakin menebal. Berkobar - kobar perasaan ini untuk mencipta sesuatu yang baru
untuk semuanya. Namun Saya akui Saya turut gemuruh dan gusar mengenai segala
cabaran dan dugaan yang menanti kami di sana. Namun ianya tak akan mampu untuk
mematahkan semangat Saya. Saya berserah segalanya kepada ALLAH. Saya akan usahakan
yang terbaik dan termampu. InshaaALLAH jika dengan izinNYA, Saya akan sampai ke
punca.. Rehat sepanjang perjalanan menuju ke Kundasang kerana masih kurang
rehat dan tidur setelah 3 hari berkonvoi dan melakukan aktiviti kesukarelaan.
Setelah mendapat penginapan, Saya rehat sebentar.
Tidak lama kemudian Saya bangun untuk mandi dan pergi solat Maghrib dan Isyak
Jamak dan
Qasar secara berjemaah. Selepas itu, kami pergi menjamu selera beramai
- ramai di Baslam Restaurant. Selesai
saja makan, kami ada taklimat mengenai pendakian esok dan selepas itu kami
diberi rehat secukupnya. Tidak sabar menanti hari esok yang penuh dengan
cabaran.
Seawal jam 4.45 pagi kami telah bangun dan solat
Subuh di samping mempersiapkan diri untuk
pendakian yang bermula hari ini.
Setelah selesai bersarapan, bermulalah satu pengkisahan terindah yang penuh
dengan cabaran dan dugaan, ahli BSKN bersama Skuad Muda JLKN akan melakukan
pendakian Gunung Kinabalu buat julung - julung kalinya.
Kami berlepas di Pondok Timpohon berbekalkan
semangat yang berkobar - kobar kerana pendakian kami diiringi oleh dua orang
penting JLKN iaitu Ketua Pengarah JLKN sendiri, Dato' Abdul Hadi bin Awang
Kechil dan Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni JLKN, Kolonel Rosli bin
Tahir.
Sepanjang
pendakian, banyak pengalaman, nilai, dan pengajaran yang Saya perolehi.
Semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli BSKN dan Skuad Muda JLKN tidak
putus – putus disalurkan. Kata – kata semangat dan pendorong sentiasa diberikan
di antara satu sama lain bagi memastikan semua kekal bersemangat sehingga ke
puncak gunung. Perkara ini cukup menperlihatkan perpaduan yang utuh tanpa
mengira agama, adat resam dan kaum.
Di sepanjang
perjalanan menuju ke Laban Rata, panorama yang cukup indah menghiasi dan
mengiringi pendakian kami. Panorama inilah sebenarnya adalah sesuatu kekuatan
dan tarikan yang ada pada negara ini yang perlu dimanfaatkan serta dipertahan
sampai bila – bila. Udara segar yang dihirup membuatkan kami sentiasa bersemangat
dan berasa segar untuk meneruskan pendakian.
Persoalan
terbesar Saya pada diri Saya mampukah Saya mengatasi kekurangan diri untuk
menawan Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini? Saya berazam untuk
melakukan yang terbaik dan termampu untuk menawannya bersama yang lain. Setelah
melalui pelbagai cabaran suka dan duka, kami semua berjaya sampai ke Laban Rata
dan berehat secukupnya.
Hari Ketiga
Jurnal Pendakian Gunung Kinabalu (29.08.2013)
Setelah
mendapat rehat yang cukup di Laban Rata, pendakian diteruskan menuju ke puncak
Gunung Kinabalu di mana semangat ahli BSKN dan Skuad Muda JLKN terpatri.
Pendakian di waktu Subuh (2.30 AM) inilah yang cukup memberi cabaran terhebat
kepada kami semua. Suhu yang sangat sejuk, angin kencang yang bertiup, kabus tebal,
bentuk muka bumi yang berbatu, licin dan curam cukup menguji kekuatan mental
dan fizikal seseorang individu itu. Mujurlah berbekalkan semangat dan jati
diri yang jitu dan utuh, akhirnya kami
berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Perasaan
teruja, puas, berbangga dan terharu terpancar di setiap wajah – wajah yang
berada di puncak
gunung itu. Ahli BSKN dan Skuad Muda JLKN telah mencipta
sejarah kerana berjaya menawan Sang Kinabalu yang ternyata menyimpan 1001 kisah
terindah, suka dan duka. Kejayaan mendaki Gunung Kinabalu ini juga merupakan
tanda setinggi – tinggi penghargaan ahli BSKN dan Skuad Muda JLKN kepada JLKN,
PLKN, BSKN dan umumnya untuk negara tercinta Malaysia sempena hari kemerdekaan
yang akan menjelang tiba dengan temanya Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya
Darahku. Terima Kasih, Malaysia!!!~
Kesimpulannya,
sepanjang Konvoi Kemerdekaan yang telah Saya ikuti dari hari pertama sehingga
hari terakhir ini cukup menginspirasikan dan menyemai nilai – nilai murni di
dalam diri Saya. Semangat kesukarelaan semakin menebal di dalam diri Saya. Saya
sedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan setelah berjaya mengatasi
kekurangan diri untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Ajakan Saya kepada para
belia yang ada di luar sana khususnya ahli – ahli BSKN, ayuhlah bersama menjadi
barisan remaja yang mempunyai jati diri yang unggul yang diperlukan oleh negara
ini. Tiada yang mustahil sekiranya kita fikirkan kita boleh melakukannya.
Terakhir
sekali, jutaan terima kasih kepada JLKN kerana menjadikan salah seorang peserta
konvoi. Saya terkesan dengan pelbagai nilai, pengalaman, pengajaran dan memori.
Semangat patriotik Saya semakin berkobar – kobar dan diasah sepanjang konvoi
kemerdekaan ini. Saya sedia berkhidmat untuk negara lagi. Terima kasih untuk
segalanya.
Hasil Nukilan;
Muhammad Faidlee bin
Muhd Taupik
Jurulatih Multiskill,
Kem PLKN Bagai Budi,
Sandakan, Sabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan